Noor
Bahasa Melayu
Noor / Al-Quran / Al-Humazah
104

Al-Humazah — Pengumpat

الهُمَزَةِ
Makkiyah Ayat 9
Dengar surah 0:00
Dengar · Mishary Rashid Alafasy

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Ayat 1

وَيْلٌۭ لِّكُلِّ هُمَزَةٍۢ لُّمَزَةٍ

Wai lul-li kulli hu mazatil-lumaza

Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji,

Ayat 2

ٱلَّذِى جَمَعَ مَالًۭا وَعَدَّدَهُۥ

Al-lazi jama'a maalaw wa'addadah

Yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya;

Ayat 3

يَحْسَبُ أَنَّ مَالَهُۥٓ أَخْلَدَهُۥ

Yahsabu anna maalahu akhladah

Ia menyangka bahawa hartanya itu dapat mengekalkannya (dalam dunia ini)!

Ayat 4

كَلَّا ۖ لَيُنۢبَذَنَّ فِى ٱلْحُطَمَةِ

Kalla layum ba zanna fil hutamah

Tidak! Sesungguhnya dia akan dicampakkan ke dalam "Al-Hutamah".

Ayat 5

وَمَآ أَدْرَىٰكَ مَا ٱلْحُطَمَةُ

Wa maa adraaka mal-hutamah

Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Al-Hutamah" itu?

Ayat 6

نَارُ ٱللَّهِ ٱلْمُوقَدَةُ

Narul laahil-mooqada

(Al-Hutamah) ialah api Allah yang dinyalakan (dengan perintahNya), -

Ayat 7

ٱلَّتِى تَطَّلِعُ عَلَى ٱلْأَفْـِٔدَةِ

Al latee tat tali'u 'alalafidah

Yang naik menjulang ke hati;

Ayat 8

إِنَّهَا عَلَيْهِم مُّؤْصَدَةٌۭ

Innaha 'alaihim moosada

Sesungguhnnya api neraka itu ditutup rapat atas mereka.

Ayat 9

فِى عَمَدٍۢ مُّمَدَّدَةٍۭ

Fee 'amadim-mu mad dadah

(Mereka terikat di situ) pada batang-batang palang yang melintang panjang.